Perancangan Strategik Kelas Cahaya Minda

 PERANCANGAN STRATEGIK

PENGENALAN
Pendidikan peringkat rendah ialah Pendidikan yang dapat melahirkan insan yang seimbang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek , rohani , emosi dan jasmani selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Penguasaan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira ( 3M ) perlu dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkan murid – murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan.
Justeru Program Pemulihan Khas mengutamakan prinsip menyelesaikan masalah seawall mungkin supaya tidak menjadi kronik dan berterusan hingga ke tahap dua persekolahan rendah atau peringkat persekolahan menengah rendah.
KONSEP
Program Pemulihan Khas ialah satu usaha mengatasi masalah murid yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.
MATLAMAT
Program Pemulihan Khas disediakan untuk membantu murid  menguasai kemahiran – kemahiran asas 3M yang belum dapat dikuasai dalam tempoh terdekat.
OBJEKTIF
1.        Setelah mengikuti program ini  dalam jangka  masa yang ditentukan murid boleh :
            Menguasai kemahiran asas 3M
            Meneruskan pembelajaran di kelas biasa.
            Menambah sikap keyakinan  diri dan sikap posotif terhadap pembelajaran.
2.        Menolong murid – murid yang mundur belajar terutama       dalam kemahiran asas Bahasa Melayu dan Matematik
3.        Untuk meningkatkan pencapaian murid – murid dalam kemahiran berbahasa dan mengira.
4.        Untuk mewujudkan semangat, minat , rajin dan ingin berusaha sehingga berjaya.
STRATEGI
1.        Menyediakan rancangan yang spesifik untuk meningkatkan pembelajaran murid.
2.        Mengenal pasti masalah murid dan mencari jalan penyelesaian.
3.        Mengadakan program untuk mengatasi masalah.






RANCANGAN SPESIFIK UNTUK MENIGKATKAN MURID DALAM BAHASA MELAYU
1.        Latihan menamakan huruf.
2.        Latihan membunyikan huruf.
3.        Latihan dan mengeja suku kata.
4.        Latihan menyebut dan bercerita.
5.        latihan menyesuaikan suku kata menjadi perkataan.
6.        Latihan mengeja perkataan dan menyesuaikan dengan gambar.
7.        Latihan melengkapkan suku kata berdasarkan gambar.
8.        Latihan mengisi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai berdasarkan gambar.
9.        Latihan membaca ayat-ayat mudah.
10.     Latihan menulis ayat berdasarkan gambar.
11.     Latihan menulis.
12.     Latihan mengulang kemahiran yang telah diajar.
13.     Meyediakan sudut –sudut pembelajaran.
14.     Mempamerkan hasil – hasil kerja murid.
15.     Menggalakan murid – murid membaca.
16.     Menyediakan BBM yang sesuai dengan kebolehan murid.
17.     mengadakan aktiviti –aktiviti pengukuhan dan pengayaan melalui nyanyian dan permainan.
RANCANGAN SPESIFIK UNTUK MENINGKATKAN PEMBELAJARAN MURID DALAM MATEMATIK
1         .Latihan menamakan nombor.
2         Latihan menyebut nombor.
3         Latihan menyebut rumah – rumah angka.
4         Latihan kemahiran asas (Fakta Asas)
5         Latihan menghafal sifir.
6         Mengadakan sudut- sudut pembelajaran di dalam kelas.
         7      Latihan menulis nombor 

0 comments:

Post a Comment

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Cahaya Minda |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.